Sembahyang di atas kubur

Bahawa ada seorang perempuan berkulit hitam atau seorang pemuda yang selalu membersihkan masjid. Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w merasai ketiadaannya iaitu tidak menemuinya. Lalu baginda bertanya mengenainya. Para sahabat menjawab: Dia telah meninggal dunia. Rasulullah s.a.w menegur: Kenapa kamu tidak memberitahuku? Para sahabat menjawab: Kami menganggap ianya adalah urusan kecil sahaja. Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Tunjukkanlah kuburnya kepadaku. Maka mereka menunjukkannya kepada baginda. Baginda mendirikan sembahyang di atas kuburnya dan setelah itu bersabda: Sesungguhnya kubur itu penuh dengan kegelapan bagi penghuninya dan Allah s.w.t meneranginya dengan sebab sembahyangku ke atas merek

(Shahih Muslim No 515)