Sayyid Muhammad ibn Alwi al-Maliki Tentang Maulid (6-Tamat)
Sebahagian Kitab Yang Masyhur Berkenaan Maulid
Kitab-kitab yang ditulis berkenaan maulid terlalu banyak, dalam pelbagai bentuk penulisan. Di sini kita tidak akan menyebut semua kitab tersebut, tetapi kita akan menyebutkan sebahagian sahaja daripadanya, terutamanya dari pada huffazul hadits, serta para Imam, yang ada menulis kitab maulid dan terkenal pula karangan mereka ini. Cukuplah sekian banyak kitab ini menjadi pedoman kita akan keutamaan dan kemuliaan maulid Nabi ini.
Antara yang mengarang kitab-kitab tersebut adalah:
1) Al-Imam al-Muhaddis al-Hafiz Abdul Rahman bin Ali yang terkenal dengan Abulfaraj ibnul Jauzi (wafat tahun 597H), dan maulidnya yang masyhur dinamakan “Al-Arus”. Telah dicetak di Mesir berulang kali.
2) Al-Imam al-Muhaddis al-Musnid al-Hafiz Abulkhattab Umar bin Ali bin Muhammad yang terkenal dengan Ibn Dahyatilkalbi (wafat tahun 633H). Beliau mengarang maulid yang hebat yang mempunyai tahqiq yang begitu berfaedah yang dinamakan “At-Tanwir Fi Maulidil Basyirin Nadzir”
3) Al-Imam Syeikhul Qurra’ Waimamul Qiraat pada zamannya, al-Hafiz al-Muhaddis al-Musnid al-Jami’ Abulkhair Syamsuddin Muhammad bin Abdullah al-Juzuri asy-Syafi’e (wafat tahun 660H). Maulidnya dalam bentuk manuskrip berjudul “‘Urfutta’rif bilmaulidis syarif”
4) Al-Imam al-Mufti al-Muarrikh al-Muhaddis al-Hafiz ‘Imaduddin Ismail bin Umar ibn Katsir, penyusun tafsir dan kitab sejarah yang terkenal (wafat tahun 774H). Ibn Katsir telah menyusun satu maulid nabi yang telah pun diterbitkan dan ditahqiq oleh Dr Solahuddin al-Munjid.
Kemudiannya maulid ini telah ditanzimkan dan disyarahkan oleh al-‘Allamah al-Faqih as-Sayyid Muhammad bin Salim bin Hafidz, Mufti Tarim, dan diberi komentar pula oleh al-Marhum al-Muhaddis as-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki, yang telah diterbitkan di Syria pada tahun 1387H.
5) Al-Imam al-Kabir wal’alim asy-Syahir, Hafizul Islam wa ‘Umdatul Anam, wa Marja’il Muhaddisin al-A’lam, al-Hafiz Abdul Rahim ibn Husain bin Abdul Rahman al-Misri, yang terkenal dengan al-Hafiz al-Iraqi (725H – 808H). Maulidnya yang mulia dan hebat, dinamakan “Al-Mauridul Hana” dan telah disebutkan oleh ramai huffaz seperti Ibn Fahd dan As-Suyuthi.
6) Al-Imam al-Muhaddis al-Hafiz Muhammad bin Abi Bakr bin Abdillah al-Qisi ad-Dimasyqi asy-Syafie, yang terkenal dengan al-Hafiz Ibn Nasiriddin ad-Dimasyqi (777-842H). Beliau merupakan ulamak yang membela Ibn Taymiyah malah menulis kitab bagi menjawab pertuduhan ke atas Ibn Taimiyah. Beliau telah menulis beberapa kitab maulid, antaranya:
i) “Jami’ul Atsaar Fi Maulidinnabiyil Mukhtar” dalam 3 Jilid
ii) “Al-Lafdzurra’iq Fi Maulid Khairil Khalaiq” – berbentuk ringkasan. iii) “Maurid As-Sabiy Fi Maulid Al-Hadi”
7) Al-Imam al-Muarrikh al-Kabir wal Hafiz asy-Syahir Muhammad bin Abdul Rahman al-Qahiri yang terkenal dengan al-Hafiz as-Sakhawi (831-902H) yang mengarang kitab Addiyaullami’ dan kitab-kitab lain yang berfaedah. Beliau telah menyusun maulid Nabi dan dinamakan “Al-Fakhrul ‘Alawi Fi al-Maulid an-Nabawi” (Disebutkannya dalam kitab ad-Diyaullami’, Juzuk 8, halaman 18).
8 ) Al-Allamah al-Faqih ss-Sayyid Ali Zainal Abidin as-Samhudi al-Hasani, pakar sejarah dari Madinah al-Munawarrah (wafat tahun 911H). Maulidnya yang ringkas (sekitar 30 muka surat) dinamakan “Al-Mawarid Al-Haniyah Fi Maulid Khairil Bariyyah”. Kitab ini dalam tulisan khat nasakh yang cantik dan boleh didapati di perpustakaan-perpustakaan di Madinah, Mesir dan Turki.
9) Al-Hafiz Wajihuddin Abdul Rahman bin Ali bin Muhammad asy-Syaibani al-Yamani az-Zabidi asy-Syafie, yang terkenal dengan Ibn Daibai’e. beliau dilahirkan pada bulan Muharram 866H, dan meninggal dunia pada hari Jumaat, 12 Rejab 944H. Beliau merupakan salah seorang Imam pada zaman beliau, dan merupakan kemuncak masyaikhul hadits. Beliau telah meriwayatkan hadits-hadits al-Bukhari lebih seratus kali, dan membacanya sekali dalam masa enam hari. Beliau telah menyusun maulid yang amat masyhur dan dibaca di merata dunia (maulid daibaie). Maulid ini juga telah ditahqiq, diberi komentar serta ditakhrijkan haditsnya oleh al-Marhum al-Muhaddits as-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki.
10) Al-‘Allamah al-Faqih al-Hujjah Syihabuddin Ahmad ibn Hajar al-Haitami (wafat tahun 974H). Beliau merupakan mufti Mazhab Syafie di Makkah al-Mukarramah. Beliau telah mengarang maulid yang sederhana (71 mukasurat) dengan tulisan khat naskh yang jelas yang boleh didapati di Mesir dan Turki. Beliau namakannya “Itmamun Ni’mah ‘Alal ‘Alam Bimaulid Saiyidi Waladi Adam”. Selain itu beliau juga menulis satu lagi maulid yang ringkas, yang telah diterbitkan di Mesir dengan nama “An-Ni’matul Kubra ‘Alal ‘Alam Fi Maulid Saiyidi Waladi Adam”.
As-Syeikh Ibrahim al-Bajuri pula telah mensyarahkannya dalam bentuk hasyiah dan dinamakannya : “Tuhfatul Basyar ‘ala Maulid Ibn Hajar”
11) Al-‘Allamah al-Faqih asy-Syaikh Muhammad bin Ahmad ys-Syarbini al-Khatib (wafat tahun 977H). Maulidnya dalam bentuk manuskrip sebanyak 50 halaman, dengan tulisan yang kecil tetapi boleh dibaca.
12) Al-‘Allamah al-Muhaddits al-Musnid al-Faqih asy-Syaikh Nuruddin Ali bin Sultan al-Harawi, yang terkenal dengan al-Mulla Ali al-Qari (wafat tahun 1014H) yang mensyarahkan kitab al-Misykat. Beliau telah mengarang maulid dengan judul “Al-Maulidurrawi Fil Maulidin Nabawi”. Kitab ini juga telah ditahqiq dan diberi komentar oleh al-Marhum al-Muhaddits as-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki, dan dicetak di Matba’ah As-Sa’adah Mesir tahun 1400H/1980M.
13) Al-‘Allamah al-Muhaddits al-Musnid as-Sayyid Ja’far bin Hasan bin Abdil Karim al-Barzanji, Mufti Mazhab As-Syafi’e di Madinah al-Munawarah (khilaf pada tahun wafatnya, 1177H atau 1184H). Beliau merupakan penyusun maulid yang termasyhur yang digelar Maulid al-Barzanji. Sebahagian ulama menyatakan nama sebenar kitab ini ialah “‘Aqdul Jauhar Fi Maulidin Nabiyil Azhar”. Maulid ini merupakan maulid yang termasyhur dan paling luas tersebar di negara-negara Arab dan Islam, di timur dan barat. Malah dihafal dan dibaca oleh orang Arab dan ‘Ajam pada perhimpunan-perhimpunan mereka yang berbentuk kemasyarakatan dan keagamaan.
14) Al-‘Allamah Abul Barakat Ahmad bin Muhammad bin Ahmad al-‘Adawi yang terkenal dengan ad-Dardir (wafat tahun 1201H). Maulidnya yang ringkas telah dicetak di Mesir dan terdapat hasyiah yang luas padanya oleh Syeikul Islam di Mesir, al-Allamah As-Syeikh Ibrahim bin Muhammad bin Ahmad al-Baijuri atau al-Bajuri (wafat tahun 1277H).
15) Al-‘Allamah asy-Syeikh Abdul Hadi Naja al-Abyari Al-Misri (wafat tahun 1305H). Maulidnya yang ringkas dalam bentuk manuskrip.
16) Al-Imam al-‘Arifbillah al-Muhaddits al-Musnid as-Sayyid asy-Syarif Muhammad bin Ja’far al-Kattani al-Hasani (wafat tahun 1345H). Maulidnya berjudul (Al-Yumnu Wal-Is’ad Bimaulid Kharil ‘Ibad” dalam 60 halaman, telah diterbitkan di Maghribi pada tahun 1345H.
17) Al-‘Allamah al-Muhaqqiq asy-Syeikh Yusuf an-Nabhani (wafat tahun 1350H). Maulidnya dalam bentuk susunan bait dinamakan “Jawahirun Nazmul Badi’ Fi Maulidis Syafi'” diterbitkan di Beirut berulangkali.
Begitulah sebahagian daripada kitab-kitab maulid yang telah disusun oleh para ulamak ummat Islam yang terkenal. Kebanyakan maulid yang ada hari ini dikarang oleh para huffaz, muhaddisin dan ulamak yang masyhur. Cukuplah bagi kita melihat betapa maulid ini begitu dimuliakan oleh para ulamak silam, tetapi cuba diingkari oleh mereka yang mengaku cerdik pandai dalam agama di zaman ini.
نسأل الله سبحانه و تعالى تمامها وظهورها و أن يجعلها خالصة لوجهه الكريم
وصلى الله وسلم وبارك على يسدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
– TAMAT TERJEMAHAN-
Penutup
Semoga terjemahan ini memberi gambaran sebenar yang jelas serta kefahaman yang jitu kepada para pembaca tentang persoalan menyambut maulid Nabi صلى الله عليه وسلم . Usahlah terpedaya kepada mereka yang menentang akan sambutan ini. Saya, Abu Zahrah mengucapkan jutaan terimakasih kepada al-Fadhil Ustaz Sayyid Abdul Kadir al-Joofre karena mengizinkan saya untuk menggunakan sebahagian daripada terjemahannya serta membuat pengolahan. Dan semoga Allah merahmati dan memberkati penulis asal kitab iaitu al-Marhum al-Muhaddits as-Sayyid Muhammad bin Alawi bin ‘Abbas bin ‘Abdul Aziz al-Maliki al-Makki al-Hasani.
اللهم انشرنفحات الرضوان عليه وإمدنا بالأسرار التي أودعتهالديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
InsyaAllah kita akan menyambut maulid dalam waktu terdekat, oleh itu marilah menghadiri sambutan maulid di masjid, surau, balairaya atau dimana sahaja – hayatilah sirah yang dibaca, jiwailah shalawat yang dialunkan, fahamilah tazkirah yang disampaikan, karena ia akan menyuburkan serta menambahkan lagi rasa kasih serta cinta kita kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم .- jiwa kita akan lebih bertenaga untuk terus mengikuti segala ajarannya, jejak langkahnya dalam rangka kita mentaati Allah setiap detik dan ketika.
وصلى الله على خير خلقه سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
-Abu Zahrah-
Saya berikan daftar ulama-ulama besar ahlu sunnah waljamaah yang menggubah kitab Maulid di atas, ke sebuah blog (salafi/wahabi) yang aktif membid’ahkan peringatan Maulid. Alamatnya di sini. Seharusnya ada di komentar no. 16 (setelah komentar saya sebelumnya).
Tanggapan saya itu sampai saat ini tak termuat. Dihapus.
Tambahan tentang ulama2 yang membolehkan Maulid,
Diambil dari bagian artikel di sini.
Peng-Ibahan (pembolehan) Ihtifal Maulid Nabi
Uraian berikutnya ialah pendapat ulama-ulama salafiyah fiqhiyah yang member label ibahah pada Ihtifal Maulid Nabi diantaranya :
Pertama : Fatwanya Al Hafidz Abi Syamah Syihabuddin Abdurrahman Asyafi’i 665 H yang sangat tenar dengan laqab Imam Nawawy, beliau berkata “Sebaik-baik bidah pada zaman sekarang adalah seperti yang dilakukan tiap tahun ketika perayaan mauled nabi dengan menyelenggarakan banyak kebaikan, penggalangan shadakah dan menunjukan kegembiraan. Oleh karenanya terdapat banyak sekali kebaikan besar bagi fuqara mereka bisa merasakan kecintaan kepada nabi Muhammad saw. pun dalam hatinya tertanam sifat memuliakan nabi Muhammad saw. ”
Kedua: Seorang ulama kenamaan Al’aalim Muhammad Bin ‘Abdullah Bin Alhaaj Al’faasy Alqairuny Almaaliky 713 H, dalam kitabnya beliau mengatakan “berkenaan dengan penyambutan bulan rabiulawal yang mana beliau menganjurkan untuk memuliakannya, menghormatinya, banyak berbuat kebaikan-kebaikan didalamnya sambungnya lagi karena pada bulan itu telah lahir sayyidulummat Muhammad saw. sebagai rasa syukur kepada Allah swt,. ini adalah ni’mat yang sangat besar juga seperti disebutkan dalam hadis nabi mengenai keutamaan hari dan bulan dimana beliau dilahirkan sebagaimana ketika ditanyaan kepadanya tentang puasa hari senin beliau menjawab ” di hari itu saya telah dilahirkan”
Ketiga : fatwa Syaikhul Islam Ibn Taimiyah Rahimahullah beliau mengatakan “Maulid nabi sebagaimana yang dirayakan umat islam setiap tahunnya adalah merupakan pahala yang besar bagi yang merayakannya karena tujuan baiknya adalah memuliakan nabi Muhammad saw. ”
Sebagai tambahan ketika sebuah pertanyaan dilontarkan kepada beliau tentang berkumpulnya kaum faqir dalam sebuah masjid yang berdzikir, membaca ayat qur’an kemudian berdoa sambil menangis serta penuh harap semata-mata karena Allah Swt. bukan dengan tujuan ria tidak juga sum’ah, apakah perkara ini boleh atau tidak ?…
Lalu dijawabnya “Alhamdulillah, sudah menjadi ‘ijma ulama bahwasanya membaca qur’an, berdzikir dan berdoa semua itu adalah amalan baik yang dianjurkan” beliau menambhakan sama seperti berkumpulnya manusia ketika Ihtifal Maulid Nabi Muhammad Saw,. Mereka berkumpul membaca qur’an, berdzikir, memberi pujian-pujian kepada nabi, mendengarkan pelajaran sirah nabawiyah dan wasiat-wasiat para ulama untuk selalu mengikuti segala jejak langkahnya sekaligus agar memanifestasikan ajaran-ajarannya pada
kehidupan nyata sehari-hari.
Keempat: Fatwanya Abi ‘abdillah muhammad ‘Ibad 730 H ketika ditanyakan ke beliau tantang kedudukan Maulid, beliau menjawab “Yang tampak adalah maulid adalah hari kegembiraan bagi kaum muslimin dan salah satu waktu yang dirayakan dari waktu-waktu yang ada” pernyataan ini didasarkan pada kitab Risalah alkubra mengenai kisah seorang perempuan yang bernadzar untuk memukul gendang diatas kepala Rasulallah terkhusus ketika Rasulallah mengizinkan untuk melaksanakan nadzarnya, maka sesegera mungkin
perempuan tadipun melaksanakannya.
Kelima: Al Hafidz Inb Hajar Al’asqalany 852 H yang sangat masyhur dengan karya monuentalnya yaitu Syarh Shahih Bukhari Fathul Baari disana termaktub beliau mentahkrij hadis dan hasilnya membolehkan Ihtifal Maulid Nabi yaitu pada hadis “Ketika Rasulallah berkunjung ke Madinah kemudian bertemu dengan orang yahudi yang sedang berpuasa ‘Asyura setelah itu ditanyakanlah tentang puasa tersebut, lalu mereka (yahudi) menjawab ini adalah puasa dimana pada hari itu Allah menenggelamkan Fir’aun dan menyelamatkan Musa dan kami merasa bersyukur atas itu. Kemudian Rasulallah Saw. berkata “Kami lebih utama untuk melakukan puasa ini dengan alasan yang disebutkan tadi daripada kalian semua”
Keenam: Fatwa Syaikh Rasyid Ridha 1255 H beliau memberikan statement pada bukunya “Bahwasanya orang pertama yang menyelenggarakan maulid adalah seorang raja Syaraakisah dari Mesir. Lalu ditanyakan kepada Ibnu Hajar Alasqalani tentang Maulid termasuk bidahkah atau bukan ?… dijawab “Asal perayaan maulid adalah bidah yang tidak terdapat pada zaman salafushalih selama tiga generasi, akan tetapi kerena banyak kebaikan-kebaikan dan tidak ada unsure kejelekan di dalamnya, maka barang siapa yang merayakannya dengan segala kebaikan-kebaikan dan menjauhkan dari hal-hal yang jelek adalah termasuk dalam kategori bidah hasanah dan jikalau sebaliknya maka sebaliknya
(bidah munkarat).
Ketujuh : Fatwa Imam Alqasthalany 922 H membolehkan perayaan Maulid Nabi beliau berpendapat disyariatkannya mauled Nabi dan tidak ada kemungkaran, ketetepan ini beliau ambil berdasarkan hadis Bukhari Bab Jenazah ketika Abi Bakar Sidiq menginginkan meninggal pada hari dimana rasulallah dilahirkan dan wafat.
Kedelapan : Dikatakan oleh Nuruddin Alhalby dalam sirahnya 1013 H bahwa Imam Syaikhul Islam Taqiyuddin Assiky pada waktu itu beliau menjabat sebagai Rais ulama-ulama madzhab Syafi’i di Mesir 665 H ketika berkumpul dengan kawan-kawannya sesama ulama beliau melantunkan satu buah Syair yang berisikan pemujaan kepada Nabi Muhammad saw. ”
Lalu berdirilah Imam Assiky bersama para hadirin, lanjut dalam kitab sirahnya “setelah itu syaikhulislam merayakan maulid dengan melakukan kebaikan-kebaikan seraya diikuti berkumpulnya masyarakat ”
Kesembilan : Pernyataan Imam Alalusy pada tafsirnya tentang ayat
” الله و رحمته فبذلك فليفرحوا قل بفضل ”
Beliau memberikan catatan bahwa Rasulallah adalah rahmat sebagaimana firman Allah
” وما أرسلناك إلا رحمة للعالمين”
Begitu juga hadis ” إنما أنا رحمة مهداة ” katanya lagi maulid adalah rahmat yang wajib dibanggakan dan disyukuri.
Kesepuluh : Seperti yang dikatakan syaikh Ahmad Zein Dahlan seorang mufti dari kalangan madzhab Syafi’i di Makkah 1066 H “Menjadi adat umat islam ketika mendengarkan Dzikir yang memuji Rasulallah mereka berdiri dan memujanya dan ini (maulid) adalah dianjurkan karena disana terdapat pemuliaan kepada nabi Muhammad saw.’
Kesebelas : Jawaban Dr. Ahmad Syarbasyi Mufti Al-azhar pada zamannya ketika mengatakan “walaupun maulid nabi bidah akan tetapi sudah menjadi adat umat yang baik, jikalau tidak ada sesuatu kemungkaran dan tidak menjadikan orang yang merayakannya melakukan hal-hal yang melanggar syariat, walaupun kami berpendapat tidak merayakan maulid nabi oleh kerenanya tidak ada dalam agama, tapi saya menetapkan bahwa merayakan maulid adalah banyak kebaikan dan tuntunan islam yang sangat besar.
Keduabelas : Al-Hafidz Syamsuddin Asakhawy 876 H termasuk golongan ulama-ulama keras dalam hal bidah, mengatakan “Sesungguhnya pengamalan maulid terjadi setelelah generasi ketiga lalu bersambung ke generasi berikutnya sehingga tersebar ke seluruh penjuru, pada malam tersebut mereka bersedekah dengan berbagai macam jenis sedekah dan menyuarakan bacaan-bacaan pujian menyambut kegembiraan pada hari kelahiran nabi Muhammad saw. ”
Ikhwah fillah pendapat-pendapat sudah penulis uraikan baik dari fatwa ulama yang membolehkan ihtifal maulid nabi Muhammad saw. ataupun dari fatwa ulama yang mengharamkannya, sampai disini dapat diambil resume awal bahwa secara umum salafy fiqhiyah membolehkan perayaan maulid nabi dan sebaliknya salafy nashiyah melarangnya.
Maulid Nabi adalah Nikmat
Ada sebuah pertanyaan, sebetulnya ada apa seh dibalik perayaan maulid nabi Muhammad saw. itu sendiri ?… Jawabannya seperti diuraikan oleh Syaikh Muhammad Alhafidz Almisry ” Allah swt menyuruh kita agar selalu mengingat segala bentuk kenikmatan-kemikmatan, maka mengingat kenikmatan adalah syar’i bagi setiap muslim dan muslimah, dalilnya seperti firman Allah dalam kisah Musa As.
” إلى النور و ذكرهم بأيام الله أن أخرج قومك من الظلمات ولقد أرسلنا موسى “
Pada kalimat “Ayyamillah” sebagaimana banyak pendapat ahli tafsir adalah nikmat Allah yang diberikan kepada Bani Israil yang tidak asing disebutkan dalam Al-Quran dalam bentuk kalimat (أذكروا نعمة الله عليكم) oleh kerenanya menjadi nikmat besar dan Allah menyuruh nabinya agar selalu mengingatnya.
Mengingat nikmat Allah hukumnya wajib dan adanya nabi Muhammad saw. yang telah diutus untuk kita adalah nikmat Allah yang sangat besar, Al-Hafiz Ibnu Hajar Alasqalany rahimahullah pernah mengatakan bahwa nikmat yang paling besar ada enam dan diantaranaya Islam, Qur’an, Muhammad saw… dll.
Nikmat adanya Nabi Muhammad saw. bagi umatnya adalah menyeluruh Allah berfirman
(وما أرسلناك إلا رحمة للعالمين (
Firman Allah (يعرفون نعمة الله ثم ينكرونها ) para pakar tafsir mengatakan makna nikmat disini adalah Kenabian, para ahlulkitab tahu bahwa merupakan sebuah kenikmatan dari Allah ketika datangnya nabi atau rasul makannya mereka menolaknya dan mengingkrinya kemudian terus menerus manyembah berhala, jika nabi Muhammad adalah kenikmatan yang besar bagi kaum muslimin berarti tidak ada salahnya mengingat napak tilas kehidupannya, mengingat kelahirannya, mengingat ketika beliau diutus, mengingat ketika beliau hijrah, mengingat ketika pertama kali turun ayat Quran, mengingat dimana ayat terkahir turun, mengingat dan mengingat. Mengingatnya selagi tidak keluar dari jalur agama islam yang lurus.
Memperingati hari kelahiran nabi Muhammad saw. bukan berarti boleh merayakan selainnya seperti para wali dan nabi-nabi yang lainnya karena tidak ada perkataan ulama yang mengatakan bolehnya dan tidak ada para wali ataupun nabi-nabi lain yang sama derajatnya dengan Rasulallah saw.
“Maka jelaslah memperingati hari kelahiran nabi Muhammad saw. dengan tujuan mengingat nabi Muhammad saw adalah rukhsah yang dibolehkan tetapi tidak bagi selain Rasulallah atauun para wali”.
Ikhwah fillah sesungguhnya mengingat hari kelahiran nabi Muhammad saw. bukan murni kita mengingat jasadnya akan tetapi kita mengingat jiwa kepemimpinannya yang tinggi dan kami tidak mencintai nabi Muhammad oleh karena jasadnya tetapi kami mencaintainya karena Allah swt.
Artikel yang lengkap, bertepatan dan sangat bermanfa’at. Mohon di’share’. Jazakallahukhoir !