Menggapai Lailatul Qadr

Alhamdulillah …., insya Allah bertemu kita dengan 10 hari terakhir bulan Ramadhan yang mulia. Dalam hari-hari terakhir ini kita dianjurkan untuk mempertingkatkan amal ibadah, beri’tikaf dan menghidupkan malam-malamnya. Antara malam-malamnya pula ada anugerah daripada Allah berupa lailatul qadr yang lebih baik dari 1000 bulan ( bukan seperti 1000 bulan tetapi lebih baik lagi). Syaikhan meriwayatkan daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. bahawa Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:-

من قام ليلة القدر ايمانا و احتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadr (beribadah) dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.

Para ulama berbeza pendapat dalam menentukan malam yang dikatakan sebagai lailatul qadr. Jumhur ulama tidak menentukannya dengan malam yang tertentu bulan Ramadhan untuk setiap tahun, tetapi menyatakan bahawa ianya adalah pada salah-satu malam dari 10 malam yang terakhir dan pada yang ganjil adalah lebih diharapkan. Antara sandaran untuk pendapat ini ialah hadits riwayat asy-Syaikhan, Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, daripada Sayyidatina ‘A-isyah r.anha bahawa Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:-

تحروا ليلة القدر في العشر الأواخر من رمضان

“Carilah lailatul qadr pada 10 terakhir dari bulan Ramadhan”

Banyak juga ulama yang menetapkannya dengan malam tertentu dalam setiap tahun iaitu malam ke-27 Ramadhan (dalam bahasa kita dipanggil malam 7 likur) bersandarkan beberapa hadits antaranya yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dengan sanad yang shohih daripada Sayyidina Ibnu ‘Umar r.anhuma di mana Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:-

من كان متحريها فاليتحرها ليلة السابع و العشرين

“Sesiapa yang hendak mencarinya, maka carilah ia pada malam ke – 27”

Di kalangan sebahagian ahli tasawwuf mereka ada formula sendiri untuk mengetahui malam tersebut, iaitu dengan melihat kepada hari awal Ramadhan. Terjemah bebas nazamnya Syaikh Abul Hasan yang kupetik dari Hasyiah al-Qalyubi juzuk 2 halaman 76, dinyatakan bahawa:

1. Jika awal Ramadhan hari Ahad atau Rabu, maka lailatul qadrnya malam ke-29;
2. Jika awal Ramadhan hari Jumaat atau Selasa, maka lailatul qadrnya malam ke-27;
3. Jika awal Ramadhan hari Khamis, maka lailatul qadrnya malam ke-25;
4. Jika awal Ramadhan hari Sabtu, maka lailatul qadrnya malam ke-23;
5. Jika awal Ramadhan hari Isnin, maka lailatul qadrnya malam ke-21.

Kata Syaikh Abul Hasan dengan menggunakan kaedah ini beliau sentiasa berjumpa dengan malam kemuliaan ini sejak usianya baligh lagi. Tetapi menurut sebahagian ulama, kaedah ini tidaklah mempunyai sandaran nash, tidak seperti ketentuan-ketentuan yang disebutkan terdahulu. Walau bagaimana pun kaedah ini hanya sekadar pendapat dan bukanlah satu ketetapan hukum, oleh itu sesiapa yang mahu boleh ikut sesiapa yang tidak terpulanglah.

Yang penting meningkatkan amal ibadah dengan penuh keimanan dan keikhlashan. Hanya mencari keredhaan Ilahi yang mesti disembah fi kulli waqtin wa hiin (setiap masa dan ketika), tidak hanya di malam lailatul qadr yang mulia. Mencari malam penuh keberkatan ini, setidak-tidaknya (yakni yang paling minima) hendaklah kita menjaga sholat Isya` berjemaah, melaksanakan tarawih (menurut jumhur tarawih itu 20 rakaat) berjemaah, berwitir secara berjemaah (kerana hanya dalam bulan Ramadhan sahaja disunnatkan witir berjemaah, sedangkan dalam bulan-bulan lain hanya harus sahaja) dan diakhiri dengan sholat Subuh berjemaah.

Imam Muslim meriwayatkan daripada Sayyidina ‘Utsman r.a. bahawa Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:-

من صلى العشاء في جماعة فكأنما قام نصف الليل

ومن صلى الصبح في جماعة فكأنما صلى الليل كله

“Sesiapa yang sholat ‘Isya` berjemaah, maka seolah-olah dia telah berqiyam separuh malam; Dan sesiapa yang sholat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersholat sepanjang malam.”

Jangan lupa memperbanyakkan doa yang dianjurkan Junjungan Nabi s.a.w. kepada Ummul Mu’minin Sayyidatina ‘Aisyah yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi, Imam an-Nasai, Imam Ibnu Majah dan selainnya dengan sanad yang shohih, di mana dinyatakan:-

عن عائشة رضي الله عنها قالت: قلت يا رسول الله إن علمت ليلة القدر ما اقول فيها؟
قال: قولي اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني

“Daripada Sayyidatina ‘Aisyah r.anha berkata: “Aku berkata kepada Junjungan Nabi s.a.w.: “Ya Rasulallah, jika aku mengetahui lailatul qadr, apa yang aku ucapkan padanya?” Junjungan Nabi bersabda:- “Ucapkanlah : “Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Kemaafan (Maha Pengampun), suka memberi kemaafan (keampunan), maka maafkanlah (ampunkanlah) aku.”

.

Sumber: http://bahrusshofa.blogspot.com

.

Hadits Bukhari Muslim Mengenai Waktunya

Aisyah r.a. berkata, “Rasulullah ber’itikaf pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan, dan beliau bersabda, ‘Carilah malam qadar pada malam ganjil dari 10 malam terakhir dari bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari)

Ibnu Abbas r.a. mengatakan bahwa Nabi saw bersabda, “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 yang terakhir dari (bulan) Ramadhan. Lailatul Qadar itu pada 9 hari yang masih tersisa, 7 yang masih tersisa, dan 5 yang masih tersisa.” (Yakni Lailatul Qadar 2/255).  (HR. Bukhari)

Ibnu Abbas berkata, “Carilah pada tanggal 24.” (HR. Bukhari)

Ubadah ibnush-Shamit berkata, “Nabi keluar untuk memberitahukan kepada kami mengenai waktu tibanya Lailatul Qadar. Kemudian ada dua orang lelaki dari kaum muslimin yang berdebat. Beliau bersabda, “Sesungguhnya aku keluar untuk memberitahukan kepadamu tentang waktu datangnya Lailatul Qadar, tiba-tiba si Fulan dan si Fulan berbantah-bantahan. Lalu, diangkatlah pengetahuan tentang waktu Lailatul Qadar itu, namun hal itu lebih baik untukmu. Maka dari itu, carilah dia (Lailatul Qadar) pada malam ke 9, ke 7, dan ke 5.’ (Dalam satu riwayat: Carilah ia pada malam ke 7, ke 9, dan ke 5).  (HR. Bukhari)

Aisyah r.a. berkata, “Nabi apabila telah masuk 10 malam (yang akhir dari bulan Ramadhan) beliau mengikat sarung beliau, menghidupkan malam, dan membangunkan istri beliau.” (HR. Bukhari)

Hadis riwayat Ibnu Umar ra.: Bahwa sekelompok orang dari sahabat Rasulullah saw. bermimpi melihat lailatulkadar pada hari ke 7 yang terakhir. Kemudian Rasulullah saw. bersabda: Menurutku bahwa mimpi kalian pasti bertepatan dengan hari ke 7 terakhir, maka barang siapa yang ingin menantinya, maka hendaklah ia menanti pada hari ke 7 terakhir (bulan Ramadan). (Shahih Muslim No.1985)

Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri ra.: Rasulullah saw. pernah melakukan iktikaf pada 10 hari pertengahan bulan Ramadan. Ketika mana waktu 20 malam telah berlalu dan akan menyambut malam yang ke 21, maka beliau kembali ke rumahnya dan sahabat yang beriktikaf bersama beliau juga kembali ke rumah mereka. Kemudian beliau bangun malam pada malam ia kembali dari iktikaf dan berpidato di hadapan sahabat serta menyuruh mereka untuk melaksanakan kehendak Allah lalu bersabda: Sungguh dahulu aku iktikaf pada 10 ini (10 pertengahan) kemudian nampak olehku (melalui mimpi) untuk iktikaf pada 10 akhir. Barang siapa yang pernah iktikaf bersamaku, maka hendaklah ia tidur di tempat iktikafnya. Sesungguhnya aku telah melihat (lailatulkadar) pada malam-malam ini, tetapi lalu aku lupa (waktunya), maka cari dan nantikanlah malam itu di 10 akhir yang ganjil. Aku pernah bermimpi bahwa aku sujud di air dan lumpur. Abu Said Al-Khudri berkata: Pada malam ke 21, kami diturunkan hujan, sehingga air mengalir dari atap mesjid ke tempat salat Rasulullah saw., lalu aku memperhatikan beliau. Beliau sudah selesai dari salat Subuh dan pada wajah beliau basah dengan lumpur dan air. (Shahih Muslim No.1993)

Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Cari dan nantikanlah lailatulkadar pada 10 terakhir bulan Ramadan. (Shahih Muslim No.1998)

.

.

Tanda-tanda Lailatul Qadr

Diambil dari: http://www.alhamidiyah.com/

Dalam kitab Tafsir Ibnu Katsir ada sebuah hadis yang berarti:

    Dari Ibnu Abbas, bahwasanya Rasulullah Saw. telah bersabda berkaitan dengan (tanda-tanda) Lailatul Qadar. Malam itu penuh kedamaian, sejuk, tidak panas, dan tidak dingin. (Riwayat Abu Dawud Ath-Thayalisi, kitab Tafsir Ibnu Katsir, Juz VII, halaman 334)

Dalam kitab Shahih Muslim terdapat riwayat, bahwa Ubay bin Ka’b r.a. ketika ditanya oleh Zirr bin Hubaisy tentang adanya tanda-tanda Lailatul Qadar, beliau menjawab:

    Rasulullah Saw. telah memberitahukan kepada kami tentang (tanda-tanda) Lailatul Qadar yaitu terbitnya matahari pada (pagi) hari itu cahayanya tidak memancar (Riwayat Muslim, kitab Shahih Muslim, Juz I, halaman 478)

Imam Asy-Syaukani dalam kitabnya, Nailul Authar, mengutip sebuah Hadis Sahih Riwayat Ubay bin Ka’b sebagai berikut:

    Tanda-tanda Lailatul Qadar itu ialah matahari terbit pada pagi hari berwarna putih, tidak memancarkan cahayanya. (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud, Turmudzi, dan ia telah manyahihkannya. Kitab Nailul Authar, Juz IV, halaman 363)

Imam Nawawi dalam mengomentari Hadis Riwayat Muslim dan Ubay bin Ka’b tadi mengatakan, “Rahasia yang terkandung dalam peristiwa Lailatul Qadar, sebagaimana digambarkan dalam Hadis tadi, adalah karena pada malam itu para malaikat, termasuk Malaikat Jibril, turun ke bumi hingga fajar terbit. Maka wajarlah bila suasana malam itu menjadi hening, sepi, sunyi dan tiada huru-hara. Udaranya pun adem dan sejuk. Di kala matahari terbit, para malaikat naik lagi ke langit, sayap-sayapnya menghalangi cahaya matahari, maka logislah bila pada hari kejadian itu matahari tidak bercahaya sebagaimana biasanya.

Untuk mengetahui penjelasan yang lebih luas, bacalah kitab-kitab di bawah ini:

  • Tafsir Durrul Mantsur karangan Imam Jalaluddin As-Suyuthi, Juz VI, halaman 372
  • Fiqhus Sunnah karangan Imam Sayiq Sabiq, Juz I, halaman 399
  • Nihayatuz Zain karangan Syeih Muhammad Nawasi, halaman 198

.

Wallahu a’lam.