Mengusap Muka Setelah Berdoa
Didalam al-Azkar karangan Imam Nawawi رحمه الله تعالى pada bab adab-adab ketika berdoa, beliau berkata:
“Dan telah berkata Abu Hamid al-Ghazali didalam ihya, ada berdoa itu ada sepuluh. …….. Yang ketiga: menghadap qiblat, dan mengangkat kedua belah tangan dan menyapu keduanya kemuka pada akhir doa (setelah habis berdoa) …”
Seterusnya didalam kitab Fathul Muin (Al-Malibary):
“Dan (disunatkan waktu berdoa itu) mengangkatkan kedua tangan yang suci keduanya sampai sejajar dengan dua bahu, dan disunatkan menyapu muka dengan kedua tangan itu selepas berdoa …”
Didalam Hasyiah al-Baijuri:
“Dan tidaklah disunatkan menyapu muka setelah selesai berdoa didalam sholat [contohnya umpama selesai doa qunut] bahkan terlebih aula meninggalkannya. Bersalahan dengan ketika diluar sholat, maka disunatkan menyapu muka ……”
Seterusnya mengenai hadits yang dikatakan dhoif itu, ulama telah mengatakan bahawa walaupun ia dhoif tetapi ia mempunyai syawahid. Hadits ini boleh ditemui didalam kitab Bulughul Maram min Adillatil Ahkam oleh al-Hafiz Shaikh Ibn Hajar al-Asqolani, sebagaimana berikut:
عن عمر رضي الله عنه قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا مد يديه في الدعاء لم يردهما حتى يسمح بهما وجهه – أخرجه الترمذي وله شواهد منها حديث ابن عباس رضي الله عنهما عند ابي داود وغيره، ومجموعها يقضي بأنه حديث حسن. “Diriwayatkan daripada seorang shahabat Nabi yang bernama Sayyidina Umar رضي الله عنه katanya: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وسلم apabila menadah tangannya masa berdoa, baginda tiada mengembalikan tangan itu hingga menyapu dengan tangannya ke mukanya.” (Dikeluarkan oleh at-Tirmidzi, baginya saksi daripadanya hadits Ibn Abbas رضي الله عنهما di sisi Abu Daud, dengan kumpulnya itu semua memberi putusan bahawa hadits ini hasan)
Lihat bagaimana komen al-Hafidz Ibn Hajar, yang digelar sebagai Amirul Mu’minin fil Hadits. Manakala Imam as-Son’ani ketika memberi komentar didalam kitabnya Subulus Salam Syarh Bulughul Maram, terhadap kata-kata al-Hafidz Ibn Hajar :
وفيه دليل على مشروعية مسح الوجه باليدين بعد الفراغ من الدعاء Maksudnya: “Dan padanya (hadits tersebut) menjadi dalil atas disyariatkan menyapu wajah/muka dengan kedua tangan setelah selesai berdoa”
Memang benar hadits tersebut lemah kerana diantara rawinya terdapat seorang yang dipandang lemah oleh ahli hadits iaitu Hammad bin Isa al-Juhani, namun kerana terdapat banyak syawahid atau penguatnya maka ianya naik menjadi hadits hasan lighairih. Antaranya hadits riwayat al-Hakim, Abu Daud dan Ibnu Majah.
إذاسألتم الله فأسئلوه ببطون اكفكم ولا تسألوه يظهرها وامسحوابها وجوهكم Maksudnya: “Apabila kalian memohon kepada Allah (berdoa), maka mohonlah dengan bahagian dalam tapak tangan kalian dan jangan kalian memohon dengan bahagian belakangnya. Dan sapulah dengannya (tapak tangan) muka kalian.”
Diantara hikmah mengapa disapu tangan kemuka, maka Imam as-Son’ani berkata:
“Ada ulama yang berkata bahawa hikmahnya adalah kerana kedua tangan yang diangkat ketika berdoa itu tidak kosong dari rahmat Allah. Maka wajarlah kalau kedua tangan yang penuh dengan rahmat Allah itu disapukan terlebih dahulu ke wajahnya sebelum diturunkan, kerana wajah itu di anggap sebagai anggota tubuh manusia yang paling mulia dan paling terhormat.”
Tak hairanlah kalau golongan tersebut mendhoifkan hadits bersangkutan masalah ini kerana depa bertaqlid kepada Tok Guru Hadits depa al-Albani. Tapi kalau kalau mahu tahu lebih jelas tentang-hadits berkenaan dengan masalah ini maka rujuklah kepada ulama-ulama kita yang jelas sanad ilmunya seperti tulisan Shaikh Mahmud Sa’id Mamduh bertajuk at-Ta’rif bi Auhami man Qassmas Sunan ila Shohih wa dhoif, jilid 4. Beliau telah menolak dakwaan-dakwaan al-Albani dalam mendhoifkan beberapa hadits yang berkaitan dengan masalah diatas. Dan aku nak ingatkan lagi bahwasanya menurut Imam Nawawi, adalah harus beramal dengan hadits dhoif dalam hal-hal fadhoilul ‘amal, targhib wa tarhib selagimana bukan hadits maudhu’. Akhirkalam, ….maka janganlah cepat melatah untuk mengatakan sesuatu amalan yang dibuat itu bid’ah, sesat dan apa saja, selidiki dulu secara saksama, rujuklah dahulu karangan para ulama kita yang mu’tabar, bertanyalah kepada ulama yang benar susur galur ilmunya, jangan main meng’khinzir’buta saja menjatuhkan hukum atau membid’ahkan sesuatu amalan…. Janganlah meremehkan ulama’, janganlah mengelirukan masyarakat awam. Jadilah dengan ilmu yang ada pada kita demi untuk mencari keredhaan Allah semata-mata jangan disertai dengan niat-niat lain yang merosakkannya.
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ” من طلب علما مما يبتغى به وجه الله ليباهي به العلماء أو ليماري به السفهاء ، أو ليصرف به وجوه الناس إليه لقي الله وهو عليه غضبان “(حديث صحيح . رواه الترمذي ، وابن أبي الدنيا ، والحاكم ، والبيهقي ، وابن ماجه ، وابن حبان) Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: “Siapa yang menuntut suatu ilmu yang dimaksudkan untuk memperoleh keredhaan Allah Ta’ala, lalu ia menggunakan ilmu itu untuk mendebat para ulama atau mengangkat diri atas orang-orang bodoh atau untuk menarik minat orang kepadanya, nescaya ia akan menemui Allah kelak di Hari Qiamat sedang Allah sangat murka terhadapnya”.(Hadits riwayat: at-Tirmidzi, Ibn Abi Dunya, al-Hakim, al-Baihaqi, Ibn Majah dan Ibn Hibban)
– والله أعلم اَلَّلهُمَّ انْفَعْنَا بِمَا عَلَّمْتَنَا وَعَلِّمْنَا مَا يَنْفَعُنَا وَزِدْنَا عِلْمًا وَالحَمْدُ للهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ وَ نَعُوْذُ بِاللهِ مَنْ أَحْوَالِ أَهْلِ النَّارِ ABU ZAHRAH FANSURI
.
Sumber: http://almarbawi2007.blogspot.com/
Bagian pengantar tak ku angkut.
Bukannya, anda juga taklid kepada guru anda
Buktinya azha, dari awal anda bercerita… menurut fulan, menurut fulan….
tanpa ada ilmu yang pasti dari anda mengenai suatu hadist
Padahal sudah terang…
Apa-apa yang diperintahkan rasul mu kerjakanlah, apa-apa yang dilarang oleh rasul mu, maka tingglkan lah
–> Benar mas … saya pun taqlid pada para ulama, ketika saya tak mempunyai (atau kurang) ilmu tentangnya. Para ulama-lah sandaran kita dalam mempelajari agama ini.
Ketika seorang (atau beberapa, atau banyak) ulama .. yg sudah sangat dikenal takdzim-nya kepada junjungan kita saw .. memberikan nasehatnya, maka tak da alasan kita menolaknya. Memang (mungkin) bukan sabda baginda Rasul saw, namun petuah para ulama adalah dalam rangka taat kepada Rasul saw.
Dalam hal ini pula ada dalil hadits sebagai sandaran, dan tak ada dalil larangan baginda Rasul saw tentangnya.
alhmdlillah..baru je jumpe blog ni..baik sgt la..terime kasih ade bl;og ni
dlm penggunaan hadith daif utk beramal..telah ditetapkan oleh para ulamak hadith dg beberapa syarat..sile rujuk kitab2 ulum hadith..sekurang2nye kitab “علم مصطلح الحديث ” oleh syeikh manna’ al-qattan..dlm kitab yg ringkas ni ade dijelaskan syarat2 penggunaan hadith daif sebagai dasar amalan.
ape yg penting..kita buang lah ego dan ketaksuban kita sebentar utk merujuk ape yg telah dianjurkan oleh Allah s.w.t. فإن تنازغتم فى شئ فردوه إلى الله والرسول إن كنتم تؤمنون بالله واليوم الآخر
para ulamak ahli hadith bukanlah org yg sembarangan atau ceroboh..merekalah wasilah kita kpd agama ini…wajiblah kita berbaik sangka kpd mereka.
boleh saja kita menganggap kita “benar”..tapi org lain mungkin saja juga benar..kita juga boleh saja menganggap org lain “salah”..tp kita juga mungkin salah. jadi marilah kita mencari yg labih “kuat” utk dipegang dan diamal
wallahu a’lam