Dan Nabi saw pun ziarah ke kubur ibundanya
“Sayyidina Abu Hurairah RA berkata bahawasanya Junjungan Nabi SAW telah menziarahi kubur ibunda baginda, lalu baginda menangis dan para sahabat yang ada bersama turut menitiskan air mata mereka. Kemudian baginda Nabi saw bersabda: ” Aku telah meminta izin daripada Tuhanku untuk beristighfar baginya, tapi Dia tidak mengizinkannya, lalu aku meminta keizinanNya untuk menziarahi kuburnya, maka aku dizinkan. Oleh itu ziarahilah kamu akan segala kubur kerana sesungguhnya perbuatan tersebut mengingatkan akan kematian.”
Tatkala kembali dari Thaybah menuju ke Makkah, di satu tempat bernama Abwa`, kembalilah Sayyidah Aminah ra menghadap ke rahmatUllah. Beliau meninggalkan Junjungan Nabi SAW yang ketika itu baru berusia 6 tahun. Junjungan Nabi SAW tidak pernah lupakan ibunda baginda, baginda telah meminta izin untuk menziarahi kubur bondanya itu dan telah diizinkan. Perkara ini dinyatakan dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Imam Abu Dawud dan Imam an-Nasa-i rahimahumUllah sebagai berikut:-
“Sayyidina Abu Hurairah RA berkata bahawasanya Junjungan Nabi SAW telah menziarahi kubur bunda baginda, lalu baginda telah menangis dan para sahabat yang ada bersama turut menitiskan air mata mereka. Kemudian baginda bersabda: ” Aku telah meminta izin daripada Tuhanku untuk beristighfar baginya, tapi Dia tidak mengizinkannya, lalu aku meminta keizinanNya untuk menziarahi kuburnya, maka aku dizinkan. Oleh itu ziarahilah kamu akan segala kubur kerana sesungguhnya perbuatan tersebut mengingatkan akan kematian.”
Hadits ini kerap dinukilkan oleh segelintir manusia untuk memberikan tanggapan bahawa ibunda Junjungan Nabi SAW itu adalah tergolong daripada kalangan orang musyrik atau kafir yang menjadi penghuni neraka yang dicegah kita memohon keampunan Allah bagi pihak mereka. Adakah pandangan ini benar ?
Syaikh Manshur ‘Ali Naasif rahimahUllah, seorang ulama al-Azhar yang disebut oleh Musnid Dunya Syaikh Yaasin al-Fadani dalam “al-Kawaakib ad-Daraari ” halaman 376 sebagai gurunya, dalam karya beliau yang masyhur “at-Taaj al-Jaami’ lil Ushuul fi Ahaadiitsir Rasul SAW”, menyangkal pendapat tersebut. Beliau menuliskan penjelasannya itu pada halaman 382 sebagai berikut:-
Ziarah Junjungan Nabi SAW akan kubur bonda baginda. Beliau adalah as-Sayyidah Aminah binti Wahb rahimahAllahu wa radhiya `anha. Ketika Junjungan Nabi SAW menziarahi kuburnya, baginda telah menangis kerana bondanya tidak sempat menemui zaman Islam dan menikmati nikmat Islam. Baginda tidak diberi keizinan untuk beristighfar bagi bondanya kerana Islam adalah syarat bagi membolehkan beristighfar baginya sedangkan bonda Nabi SAW telah wafat atas agama kaumnya sebelum Junjungan Nabi membawa syariat Islam. Akan tetapi ini tidak menafikan yang bonda Junjungan Nabi SAW akan memasuki syurga kerana sesungguhnya beliau termasuk dalam golongan ahlul fatrah dan jumhur ulama berpendapat bahawa mereka adalah golongan yang selamat daripada dimasukkan ke neraka, di mana Allah telah berfirman: “Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul” – iaitu kepada setiap umat. Bahkan telah warid dan sahih di sisi para awliya` yang kasyaf bahawasanya Allah ta`ala telah menghidupkan ayahanda dan bonda Nabi SAW setelah baginda diutuskan menjadi rasul, lalu mereka berdua telah beriman dengan baginda SAW. Maka dari itu, jadilah keduanya daripada golongan ahli syurga dengan pasti. Sebahagian ulama telah bersyair menyatakan:-
Telah kuyakini bahwa ayah bonda Junjungan Nabi
Dihidupkan Tuhan al-Karimul Bari
Atas kebenaran kerasulan baginda mereka bersaksi
Maka kejadian sedemikian tadi
Adalah suatu kemuliaan bagi Pilihan Allah Baginda Nabi
Justru sesiapa yang mendhaifkan akan khabaran ini
Maka dia yang lemah lagi dari hakikat berlepas diriDan hal ini bukanlah sesuatu yang mustahil dan pelik untuk diterima akal,
karena sesungguhnya anugerah Allah itu luas dan permuliaanNya kepada kekasihNya adalah tersangat murah lagi luas,
Allahu a’laam.
Oleh itu, amatlah penting untuk kita merujuk kepada para ulama yang muktabar dalam ikhtiar kita memahami sesuatu ayat al-Quran al-Karim atau al-Hadits asy-Syarif. Sentiasalah melihat akan kelemahan diri kerana dengan begitu kita akan sentiasa tawadhu dengan para ulama yang tentu lebih alim daripada kita yang baru belajar ini serta dapatlah kita memahami segala ajaran Islam menurut pandangan para pakarnya dan tidaklah kita meraban mengkhinzir buta.
.
wallahu a’lam
Sumber: http://bahrusshofa.blogspot.com/2011/04/bonda-junjungan-saw-sy-manshur-ali.html
Assalamualaikum wr.wb.
Bolehkah saya melakukan share / upload ulang pada artikel-artikel anda di blog saya???
banyak materinya cukup menarik….
terima kasih.
wassalamualaikum wr.wb.
–> wangalaikum salam wrwb. silakan … jangan lupa sertakan sumber dari kami. Mohon doa juga.
[…] Kalaupun Rasul melarang ziarah kubur, maka tentu beliau akan menyatakan secara shorih dalam hadisnya atau kalau perlu mungkin dalam Al-Qur’an Allah akan melarangnya secara langsung. Jikalau ziarah menumbuhkan rasa takut (taqwa) kepada Allah maka tentu diperbolehkan. Namun jika ziarah itu menimbulkan kemaksiyatan maka sudah barang tentu haram hukumnya. Semoga Allah selalu menjaga kita dari amal-amal yang buruk dan tertolak. Amin. “Sayyidina Abu Hurairah RA berkata bahawasanya Junjungan Nabi SAW telah menziarahi kubur ibunda baginda, lalu baginda menangis dan para sahabat yang ada bersama turut menitiskan air mata mereka. Kemudian baginda Nabi saw bersabda: ” Aku telah meminta izin daripada Tuhanku untuk beristighfar baginya, tapi Dia tidak mengizinkannya, lalu aku meminta keizinanNya untuk menziarahi kuburnya, maka aku dizinkan. Oleh itu ziarahilah kamu akan segala kubu … Read More […]
terimakasih.
Insya’alloh.
saling mendoakan mas.
Assalamu’alaikum…
ana mau tanya..knapa m’doakan seorang ibu kandung sendiri di larang??,,padahal Ibu yang mengandung dan melahirkan kita…padahal dia yang lebih pantas untuk kita doakan….
–> beliau adalah ibunda baginda Nabi saw sendiri. Adalah hak Allah swt untuk memberikan rahmat-Nya tanpa doa Nabi saw.
Sedangkan ibunda Nabi saw hidup di era sebelum islam. Hal ini mencegah umat baginda Nabi saw mencontoh/meniru/mendoakan orang tua/saudara non muslim yang telah meninggal.
wallahu a’lam.